Showing posts with label Hak-hak Pengguna. Show all posts
Showing posts with label Hak-hak Pengguna. Show all posts

Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna

0 comments

Program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
  • Mendapat kerjasama daripada Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPN), Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dan Rakan Pengguna (RP).
  • Program yang dianjurkan:
    1. Seminar
    2. Forum
    3. Konvensyen
    4. Ceramah
    5. Menerbitkan buletin, risalah, VCD, jurnal dan komik pengguna.

Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Selamat

0 comments

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja di dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang merbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh pengguna kerana memandangkan kadar pencemaran yang meningkat di sekeliling kita.


ISU-ISU ALAM SEKITAR

• kepanasan dunia (global warming)

• Penipisan lapisan ozon

• Kehilangan kepelbagaian spesis haiwan dan tumbuhan

• Penyalahgunaan bahan kimia

• Pemusnahan hutan (pembalakan haram)

• Pencemaran udara (jerebu, pembakaran terbuka dan lain-lain)

• Pencemaran sungai, laut (tumpahan minyak, sampah sarap)

• Pencemaran bunyi (kenderaan bermotor, industri pembinaan, operasi kilang, peningkatan kepadatan penduduk dan sebagainya.

• Pembuangan sampah sarap dan pencemaran sisa pepejal

• Kitaran semula

• Pembangunan yang tidak mampan

• Pelancongan ekologi yang tidak beretika

• Pembangunan perindustrian dan pencemaran sisa toksik

• Bencana alam (banjir kilat)

Hak Pengguna Mendapat Ganti Rugi

1 comments


Pengguna berhak untuk mndapatkan ganti rugi atau pampasan bagi sebarang pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya serta pampasan bagi apa jua perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak mengikut perjanjian. Pampasan harus diberi jika mana-mana keluaran atau perkhidmatan yang telah mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya walaupun telah digunakan mengikut arahan. Ganti rugi yang sewajarnya juga perlu diberi kepada pengguna yang telah ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya akibat kecuaian majikannya.


FAKTOR UTAMA PENGGUNA PERLU MENUNTUT GANTIRUGI

  1. Apabila pengguna membeli sesuatu barang atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan maka pengguna dan penjual mengikat satu kontrak
  2. Kandungan kontrak barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaaanya atau seperti dinyatakan dilabel atau dinyatakan oleh penjual
  3. Hak pengguna untuk mengadu dan mendapatkan gantirugi adalah termaktub di dalam Ordinan Jualan Barang-barang, Akta Kontrak dan sebagainya
  4. KPDNHEP sendiri dan juga persatuan-persatuan pengguna telah mewujudkan bahagian/unit aduan pengguna kursus untuk menanggani aduan pengguna. Contoh: Mahkamah kecil dan Tribunal Tuntutan Pengguna

Hak Mendapat Keperluan Asas

0 comments


Pengguna berhak mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dalam zaman moden ini. Keperluan-keperluan asas yang dimaksudkan termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, tempat kediaman, kemudahan kesihatan yang memadai, pendidikan dan sanitasi. Makanan merupakan keperluan asasi bagi manusia. Namun dalam mendapatkan keperluan asasi ini, pengguna menghadapi banyak masalah antaranya:

a. bekalan yang tidak mencukupi


b. kenaikan harga yang tinggi

c. mutu yang rendah

d. tamat tempoh

e. bahan pengawet dan tambahan dalam makanan

f. makanan tidak berkhasiat

g. Kurang timbangan/sukatan

h. makanan beracun

i. maklumat tidak lengkap pada label

j. promosi makanan siap diproses dan juga makanan rumusan bayi

k. makanan yang tidak halal dan banyak lagi

Hak Pengguna Mendapat Penerangan

0 comments

Melalui hak untuk mendapat penerangan, pengguna dilindungi daripada penerangan, pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, menipu atau amat menyeleweng tetapi sebaliknya diberi maklumat-maklumat yang perlu untuk membuat pilihan dengan penuh bermaklumat dan bijak.

Hak untuk mendapat penerangan:

  • Peranan undang-undang
  • Penerangan yang jujur tentang barang atau perkhidmatan
  • Maklumat yang tepat dan mencukupi
  • Melalui pelabelan
  • Melalui pengiklanan yang beretika
  • Peranan peniaga atau pengeluar memberi penerangan
  • Peranan pengguna mencari penerangan

  • Akta/ Undang-undang Yang Menjamin Pengguna Mendapat Maklumat Yang Jujur Dan Mencukupi

Akta Perihal Dagangan 1972 (pindaan 1980) untuk meliputi indutri perkhidmatan seperti syarat

pelancongan, hotel, restoran, tempat membaiki kereta dan sebagainya.

Akta Kawalan Harga 1946 (1973)

Ordinan Pengiklanan dan Jualan Ubat-ubatan 1956

Akta Makanan 1985


Pelabelan

Pelabelan bermaksud penerangan atau maklumat yang diberi atau yang tertera di bungkusan atau bekas sesuatu keluaran. Tujuan pelabelan adalah untuk memberi gambaran yang berpatutan tentang sesuatu keluaran.



Ciri-ciri pelabelan:

  • Benar dan tepat iaitu betul atau sama dengan isi kandungan
  • Boleh diterima dari segi kesahihan dan kredibiliti
  • Menggunakan istilah yang mudah dan tidak mengelirukan
  • Tulisan yang mudah dibaca


Maklumat di dalam pelabelan:

1. Tempat asas barangan atau produk

Nama, alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, negara
asal dan lain-lain.


2. Tarikh luput, tarikh pembuat/ pengilang

3. Nama sebutan sebenar barangan yang dijual

4. Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik


5. Penerangan kandungan umum termasuk maklumat keupayaan, panduan untuk
kegunaannya dan batasannya


6. Penerangan kandungan khusus

Senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, harga seunit, penggunaan tenaga (untuk barang-
barang elektrik) sifat dan khasiat bahan-bahan kandungan seperti nilai pemakanan yang
menunjukkan kandungan utama dan peratusannya


7. Kualiti atau kadar keupayaan
Contohnya tanda kelulusan gred yang memenuhi standard SIRIM, MS, Logo Halal, Non Halal dan sebagainya.

8. Terma-terma khusus mengenai jualan

Contohnya harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa

9. Maklumat lain

Seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu, misalnya kanak-kanak atau orang dewasa yg mengalami alahan atau penyakit tertentu.

Lebih Banyak Hak Pengguna yang Perlu Anda Ketahui

0 comments

Hak-hak Sebagai Pengguna :
Selain daripada hak pengguna yang pernah disebutkan sebelum ini, Pertubuhan Antarabangsa Hak-hak Pengguna (IOCU) telah mengembangkan lagi hak-hak pengguna iaitu:


Hak Mendapat Keperluan Asas
Pengguna berhak mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan. Keperluan asas yang dimaksudkan termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, tempat kediaman, kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Hak Mendapat Gantirugi atau Pampasan
Pengguna berhak untuk mendapatkan ganti rugi atau pampasan bagi sebarang pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya serta pampasan bagi apa jua perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak mengikut perjanjian. Pampasan harus diberi jika mana-mana keluaran atau perkhidmatan yang telah mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya walaupun telah digunakan mengikut arahan. Ganti rugi yang sewajarnya juga perlu diberi kepada pengguna yang ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya akibat kecuaian majikannya.

Hak Mendapat Pendidikan Pengguna
Hak untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi pengguna yang bermaklumat sepanjang hayat.

Hak Mendapat alam Sekitar yang Sihat dan Selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang merbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh pengguna memandangkan keadaan alam sekitar kita yang semakin tercemar.


Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna

0 comments
Apa yang dikatakan sebagai hak?
Menurut istilahnya, hak dikatakan sebagai suatu kuasa, keupayaan dan kemahuan yang dipunyai oleh seseorang. Malah, ia boleh dikatakan sebagai suatu kepentingan yang dipertahankan oleh undang-undang.


Sejarah Penggubalan Hak Pengguna

Pengiktirafan hak pengguna telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh bekas Presiden Amerika Syarikat iaitu mendiang John F. Kennedy, apabila beliau mengisytiharkan "Deklarasi Hak Pengguna" bagi rakyat dalam negara demokrasi. Pengisytiharan tersebut dilakukan selepas beliau membentangkan usul perundangan bagi perlindungan pengguna kepada Kongres Amerika Syarikat pada 15 Mac 1961. Sempena tarikh pengisytiharan tersebut, "Hari Hak-hak Pengguna Dunia" mula disambut pada 15 Mac 1983 dan acara ini disambut pada setiap 15hb Mac setiap tahun. Pada 10 April 1985, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan "Garis Panduan Perlindungan Pengguna" bagi memperkembangkan lagi perlindungan pengguna dan menegakkan hak-hak pengguna.

Deklarasi Hak Pengguna
Melalui deklarasi ini, terdapat empat hak pengguna yang telah diisytiharkan iaitu:

1. Hak Mendapat Keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemasaran barangan yang boleh membahayakan kesihatan dan
nyawa.

2. Hak Mendapat Penerangan
Pengguna dilindungi daripada penerangan, pengiklanan, perlabelan dan amalan lain yang
palsu, menipu atau menyeleweng tetapi sebaliknya diberi maklumat-maklumat yang perlu
untuk membuat pilihan dengan penuh bermaklumat dan bijak.

3. Hak Mendapat/ Membuat Pilihan
Pengguna tidak boleh dipaksa untuk membeli sesuatu yang dicurigainya. Seseorang itu
mempunyai hak pilihan membeli makanan/ bahan gunaan atau memilih menggunakan
perkhidmatan atau tidak.

4. Hak Mendapat Pendengaran/ Perwakilan/ Bersuara
Pengguna berhak untuk menyuarakan pendapat sama ada secara individu atau melalui
perwakilan. Dengan demikian kepentingan pengguna akan mendapat pertimbangan
sewajarnyadalam menentukan dasar-dasar kerajaan bahkan juga dasar-dasar pengeluaran
dan pemasaran syarikat-syarikat swasta.