Pengiklanan merupakan salah satu perkara penting di dalam strategi perniagaan. Peniaga menggunakan iklan bagi memperkenalkan dan melariskan keluarannya dengan pelbagai cara yang efektif. Persoalannya, adakah ianya sentiasa jujur dan benar serta tidak mengelirukan?
MENGAPA IKLAN DIKAITKAN DENGAN HAK PENGGUNA UNTUK PENERANGAN
- Iklan telah menjadi punca maklumat atau penerangan bagi kebanyakan pengguna
- Kini mustahil pengguna dapat lari dari iklan
- Oleh kerana pendedahan yang berleluasa kepada iklan, ia semakin menjadi rujukan pertama bagi pengguna dalam proses membuat keputusan membeli-belah
- Akibatnya, maklumat yang pelbagai dari iklan mungkin mengelirukan daripada menerangkan yang tidak membantu pengguna untuk membuat keputusan yang baik
- Tanpa maklumat yang lengkap, pengguna mungkin menggunakan kriteria atau cirri-ciri yang salah atau menyeleweng dalam membuat keputusan
Antara medium pengiklanan yang digunakan dengan meluas adalah seperti televisyen, internet, risalah, billboard, radio dan sebagainya.

