Program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
Mendapat kerjasama daripada Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPN), Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dan Rakan Pengguna (RP).
Program yang dianjurkan:
Seminar
Forum
Konvensyen
Ceramah
Menerbitkan buletin, risalah, VCD, jurnal dan komik pengguna.
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja di dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang merbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh pengguna kerana memandangkan kadar pencemaran yang meningkat di sekeliling kita.
ISU-ISU ALAM SEKITAR
• kepanasan dunia (global warming)
• Penipisan lapisan ozon
• Kehilangan kepelbagaian spesis haiwan dan tumbuhan
• Penyalahgunaan bahan kimia
• Pemusnahan hutan (pembalakan haram)
• Pencemaran udara (jerebu, pembakaran terbuka dan lain-lain)
• Pencemaran sungai, laut (tumpahan minyak, sampah sarap)
• Pencemaran bunyi (kenderaan bermotor, industri pembinaan, operasi kilang, peningkatan kepadatan penduduk dan sebagainya.
• Pembuangan sampah sarap dan pencemaran sisa pepejal
• Kitaran semula
• Pembangunan yang tidak mampan
• Pelancongan ekologi yang tidak beretika
• Pembangunan perindustrian dan pencemaran sisa toksik
Pengguna berhak untuk mndapatkan ganti rugi atau pampasan bagi sebarang pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya serta pampasan bagi apa jua perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak mengikut perjanjian. Pampasan harus diberi jika mana-mana keluaran atau perkhidmatan yang telah mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya walaupun telah digunakan mengikut arahan. Ganti rugi yang sewajarnya juga perlu diberi kepada pengguna yang telah ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya akibat kecuaian majikannya.
FAKTOR UTAMA PENGGUNA PERLU MENUNTUT GANTIRUGI
Apabila pengguna membeli sesuatu barang atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan maka pengguna dan penjual mengikat satu kontrak
Kandungan kontrak barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaaanya atau seperti dinyatakan dilabel atau dinyatakan oleh penjual
Hak pengguna untuk mengadu dan mendapatkan gantirugi adalah termaktub di dalam Ordinan Jualan Barang-barang, Akta Kontrak dan sebagainya
KPDNHEP sendiri dan juga persatuan-persatuan pengguna telah mewujudkan bahagian/unit aduan pengguna kursus untuk menanggani aduan pengguna. Contoh: Mahkamah kecil dan Tribunal Tuntutan Pengguna
Pengguna berhak mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dalam zaman moden ini. Keperluan-keperluan asas yang dimaksudkan termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, tempat kediaman, kemudahan kesihatan yang memadai, pendidikan dan sanitasi. Makanan merupakan keperluan asasi bagi manusia. Namun dalam mendapatkan keperluan asasi ini, pengguna menghadapi banyak masalah antaranya:
a. bekalan yang tidak mencukupi
b. kenaikan harga yang tinggi
c. mutu yang rendah
d. tamat tempoh
e. bahan pengawet dan tambahan dalam makanan
f. makanan tidak berkhasiat
g. Kurang timbangan/sukatan
h. makanan beracun
i. maklumat tidak lengkap pada label
j. promosi makanan siap diproses dan juga makanan rumusan bayi
Pengiklanan merupakan salah satu perkara penting di dalam strategi perniagaan. Peniaga menggunakan iklan bagi memperkenalkan dan melariskan keluarannya dengan pelbagai cara yang efektif. Persoalannya, adakah ianya sentiasa jujur dan benar serta tidak mengelirukan?
MENGAPA IKLAN DIKAITKAN DENGAN HAK PENGGUNA UNTUK PENERANGAN
Iklan telah menjadi punca maklumat atau penerangan bagi kebanyakan pengguna
Kini mustahil pengguna dapat lari dari iklan
Oleh kerana pendedahan yang berleluasa kepada iklan, ia semakin menjadi rujukan pertama bagi pengguna dalam proses membuat keputusan membeli-belah
Akibatnya, maklumat yang pelbagai dari iklan mungkin mengelirukan daripada menerangkan yang tidak membantu pengguna untuk membuat keputusan yang baik
Tanpa maklumat yang lengkap, pengguna mungkin menggunakan kriteria atau cirri-ciri yang salah atau menyeleweng dalam membuat keputusan
Antara medium pengiklanan yang digunakan dengan meluas adalah seperti televisyen, internet, risalah, billboard, radio dan sebagainya.