Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna


Program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
  • Mendapat kerjasama daripada Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPN), Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dan Rakan Pengguna (RP).
  • Program yang dianjurkan:
    1. Seminar
    2. Forum
    3. Konvensyen
    4. Ceramah
    5. Menerbitkan buletin, risalah, VCD, jurnal dan komik pengguna.

Pertandingan Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

Pertandingan ini merupakan salah satu acara kempen tahunan KPDNKK yang bertujuan untuk menyemai nilai-nilai kepenggunaan yang baik dalam kalangan ganerasi muda yang seterusnya akan melahirkan warganegara yang bermaklumat, rasional dan bertanggungjawab kepada masyarakat dan negara.

Objektif Pertandingan Kuiz Pengguna Antara Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan

  • Memberi dorongan dan galakan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah mendalami ilmu kepenggunaan;
  • Meningkatkan minat pelajar-pelajar untuk menyertai Kelab Pengguna Sekolah agar menjadi pengguna yang bestari dan rasional; dan
  • Memberi galakan serta kesedaran kepada orang ramai tentang isu-isu dan maklumat kepenggunaan.


Program "Kerjasama Pintar" Bersama NGO
Tujuan utama program ini ialah untuk mewujudkan dan mempertingkatkan kerjasama dan "networking" di antara Kementerian dan Agensi-agensi Kerajaan, NGO-NGO kepenggunaan dan bukan kepenggunaan bagi menganjurkan program-program pendidikan dan kesedaran kepenggunaan. Kaedah perlaksanaanya adalah melalui seminar, bengkel, forum, majlis dialog dan pameran melibatkan golongan pelajar, guru, pegawai kerajaan, wartawan, HAWA, pemimpin-pemimpin masyarakat dan belia. Kerjasama ini bertujuan untuk memastikan bahawa program-program pendidikan dan kesedaran kepenggunaan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun melibatkan kumpulan sasaran yang lebih meluas.


Sambutan Hari Pengguna Malaysia (HPM)
Mulai tahun 2001 Kementerian telah menganjurkan Hari dan Minggu Pengguna Malaysia (HMPM) dan sambutan ini telah diteruskan dengan menggariskan objektif-objektif seperti berikut :-
  • Membolehkan Kementerian mengambil bahagian yang aktif dan memaparkan tanggungjawab Kerajaan terhadap perlindungan pengguna.
  • Memupuk kesedaran kepenggunaan yang positif dikalangan semua anggota masayarkat di negara ini.
  • Mewujudkan persefahaman dan kerjasama erat antara pengguna, peniaga, Kerajaan dan media massa dalam aspek konsumerisma yang boleh membantu Negara mencapai Wawasan 2020.

    Program dan Aktiviti :

    1. Seminar/Forum Kepenggunaan
    2. Ekspo dan pameran kepenggunaan
    3. Karnival pengguna
    4. Pidato kepenggunaan IPT
    5. Malam Anugerah Media Pengguna

    Buletin Pengguna

  • Diterbitkan pada setiap bulan dengan kerjasama FOMCA
  • Bertujuan menyebarkan maklumat kepenggunaan kepada segenap lapisan masyarakat di negara ini
  • Memuatkan artikel kepenggunaan berkaitan isu-isu utama pengguna, berita-berita Kementerian, panduan untuk pengguna, tips kpeda pengguna dan sebagainya.
  • Komik Pengguna
    Penerbitannya adalah bertujuan untuk mempelbagaikan kaedah penyebaran maklumat kepenggunaan kepada golongan masyarakat.

Risalah dan VCD Kepenggunaan
Diterbit untuk digunakan semasa sesi program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dan pameran-pameran Bahagian.


Rancangan TV 1 Konsumer @ Bernama TV

Rancangan menggunakan format bual bicara ini diterbitkan oleh pihak KPDNKK dengan kerjasama pihak Bernama TV (Saluran ASTRO 502). Rancangan ini disiarkan selama 1 jam iaitu pada hari Ahad bermula pada jam 9.00 malam sehingga 10.00 malam. Rancangan ini merupakan wadah untuk Kementerian mewar-warkan usaha-usaha dalam memperkasakan dan melindungi pengguna di samping menjadi forum untuk pengguna menyalurkan pendapat serta berkongsi maklumat.

Kajian Profil Pengguna
Dilaksana bagi mendapatkan gambaran berkaitan ciri-ciri (profil) pengguna, tabiat dan corak perbelanjaan dan kecenderungan para pengguna di Negara ini. Hasil kajian akan digunakan untuk membantu penggubalan dasar, strategi dan program dalam merangka Plan Induk Pengguna.

0 Response to "Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna"

Post a Comment