Pengguna berhak mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dalam zaman moden ini. Keperluan-keperluan asas yang dimaksudkan termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, tempat kediaman, kemudahan kesihatan yang memadai, pendidikan dan sanitasi.
a. bekalan yang tidak mencukupi
b. kenaikan harga yang tinggi
c. mutu yang rendah
d. tamat tempoh
e. bahan pengawet dan tambahan dalam makanan
f. makanan tidak berkhasiat
g. Kurang timbangan/sukatan
h. makanan beracun
i. maklumat tidak lengkap pada label
j. promosi makanan siap diproses dan juga makanan rumusan bayi
k. makanan yang tidak halal dan banyak lagi
HAK PENGGUNA: ISU MAKANAN
Pengguna berhak untuk mendapat bekalan makanan yang berterusan dengan harga yang berpatutan. Malah, pengguna berhak mendapat maklumat yang tepat mengenai perihal barang makanan yang dibeli termasuk mutunya
Tanggungjawab Pengguna Isu makanan
ü bertanya mengenai kebaikan makanan yang ditawarkan
ü Memperolehi maklumat yang boleh membantu pengguna memenuhi keperluan makanan mereka
ü Memilih makanan yang baik, bersih, berkualiti dan berkhasiat
ü Membeli makanan pada harga yang berpatutan
ü Mengambil tahu tentang peraturan-peraturan makanan dan pemakanan dan lain-lain
Kemudahan Asas Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976
20 kemudahan asas dan perkhidmatan awam yang disediakan oleh kerajaan Malaysia. Antaranya:
i. Peruntukan dan Pengurusan tempat-tempat awam termasuk kawasan lapang dan bangunan
ii. Pencegahan pencemaran sungai
iii. Peruntukan dan penyelenggaraan semua perkhidmatan sanitari
v. Menjaga dan memajukan kesihatan awam
v. Peraturan dan pemeriksaan pembuatan, persiapan dan penjualan barang2 makanan, minuman dan ais
vi. Peruntukan dan penyelenggaraan kerja-kerja air dan elektrik awam
vii. Peruntukan dan pengurusan perpustakaan awam, muzium dan taman- taman
Post a Comment