Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Selamat


Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja di dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang merbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh pengguna kerana memandangkan kadar pencemaran yang meningkat di sekeliling kita.


ISU-ISU ALAM SEKITAR

• kepanasan dunia (global warming)

• Penipisan lapisan ozon

• Kehilangan kepelbagaian spesis haiwan dan tumbuhan

• Penyalahgunaan bahan kimia

• Pemusnahan hutan (pembalakan haram)

• Pencemaran udara (jerebu, pembakaran terbuka dan lain-lain)

• Pencemaran sungai, laut (tumpahan minyak, sampah sarap)

• Pencemaran bunyi (kenderaan bermotor, industri pembinaan, operasi kilang, peningkatan kepadatan penduduk dan sebagainya.

• Pembuangan sampah sarap dan pencemaran sisa pepejal

• Kitaran semula

• Pembangunan yang tidak mampan

• Pelancongan ekologi yang tidak beretika

• Pembangunan perindustrian dan pencemaran sisa toksik

• Bencana alam (banjir kilat)


UNDANG-UNDANG MELINDUNGI ALAM SEKITAR

Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974

Akta Racun Makhluk Perosak 1974

Akta Kilang dan Jentera 1967

Akta Kerajaan Tempatan 1976

Akta Pemulihan Tanah 1960

Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976

Akta Taman Negara 1980

Akta Perikanan 1985

Akta Perlombongan Petroleum 1966

Akta perlindungan Hidupan Liar 1954

Akta perhutanan 1940. dan lain-lain


PERANAN INDUSTRI

Menghormati dan mengikuti undang-undang berkaitan alam sekitar

Menguruskan pembuangan sisa-sisa industri dengan betul

Mewujudkan teknologi semula memproses sisa-sisa industri

Mematuhi standard/peraturan yang ditetapkan berkenaan pengeluaran penyimpanan bahan-bahan kimia yang merbahaya dan toksik


PERANAN PENGGUNA

Asingkan bahan-bahan buangan sebelum membuangnya. Beri sokongan terhadap kempen alam sekitar

Elakkan dari penggunaan racun perosak haiwan dan serangga yang mengandungi bahan kimia merbahaya

Banyakkan penanam pokok-pokok dan kurangkan penebangan pokok-pokok

Beli barangan tempatan

Banyakkan makan makanan segar dan kurangkan makanan yang diproses

Kurangkan minum minuman dalam bungkusan

Kurangkan makanan daging yang diproses seperti burger



0 Response to "Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Selamat"

Post a Comment