Melalui hak untuk mendapat penerangan, pengguna dilindungi daripada penerangan, pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, menipu atau amat menyeleweng tetapi sebaliknya diberi maklumat-maklumat yang perlu untuk membuat pilihan dengan penuh bermaklumat dan bijak.
Hak untuk mendapat penerangan:
- Peranan undang-undang
- Penerangan yang jujur tentang barang atau perkhidmatan
- Maklumat yang tepat dan mencukupi
- Melalui pelabelan
- Melalui pengiklanan yang beretika
- Peranan peniaga atau pengeluar memberi penerangan
- Peranan pengguna mencari penerangan
- Akta/ Undang-undang Yang Menjamin Pengguna Mendapat Maklumat Yang Jujur Dan Mencukupi
• Akta Perihal Dagangan 1972 (pindaan 1980) untuk meliputi indutri perkhidmatan seperti syarat
pelancongan, hotel, restoran, tempat membaiki kereta dan sebagainya.
• Akta Kawalan Harga 1946 (1973)
• Ordinan Pengiklanan dan Jualan Ubat-ubatan 1956
• Akta Makanan 1985
Pelabelan
Ciri-ciri pelabelan:
- Benar dan tepat iaitu betul atau sama dengan isi kandungan
- Boleh diterima dari segi kesahihan dan kredibiliti
- Menggunakan istilah yang mudah dan tidak mengelirukan
- Tulisan yang mudah dibaca
Maklumat di dalam pelabelan:
1. Tempat asas barangan atau produk
asal dan lain-lain.
2. Tarikh luput, tarikh pembuat/ pengilang
3. Nama sebutan sebenar barangan yang dijual
4. Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik
5. Penerangan kandungan umum termasuk maklumat keupayaan, panduan untuk
kegunaannya dan batasannya
6. Penerangan kandungan khusus
barang elektrik) sifat dan khasiat bahan-bahan kandungan seperti nilai pemakanan yang
menunjukkan kandungan utama dan peratusannya
8. Terma-terma khusus mengenai jualan
Contohnya harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa
9. Maklumat lain
Seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu, misalnya kanak-kanak atau orang dewasa yg mengalami alahan atau penyakit tertentu.
Post a Comment