
Definisi Kawalan Harga
Kawalan bermaksud usaha atau tindakan mengenakan (menjaga, mengawasi), manakala harga pula didefinisikan sebagai nilai sesuatu barang dengan (kiraan) wang. Maka, dapat dirumuskan maksud kawalan harga adalah tindakan mengenakan sekatan terhadap nilai barangan daripada dinaikkan sesuka hati yang biasa dilakukan oleh peniaga dan juga peruncit.
Definisi Barangan Terkawal
Barangan terkawal pula boleh didefinisikan sebagai benda atau perkhidmatan yang dijualbelikan tetapi barangan tersebut dikawal daripada segi harganya agar para peniaga tidak dapat menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya. Kebanyakan harga bagi barang terkawal adalah dijual di bawah atau mengikut paras harga maksimum seperti yang telah ditetapkan di peringkat borong dan runcit.
Akta Kawalan Harga 1946
Akta ini dan perundangan-perundangan subsidiari di bawahnya adalah bertujuan untuk menentukan harga barang- barang adalah berpatutan dalam sebarang keadaan dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada pengguna untuk membuat perbandingan harga sebelum membeli barang-barang. Terdapat beberapa jenis kesalahan yang boleh dikenakan hukuman di bawah akta ini. Salah satunya adalah seperti kesalahan gagal melabelkan barang-barang yang tersedia bungkus dengan maklumat, nama dan alamat pengeluar atau pengimport, berat dan kuantit, bahan kandungan di dalamnya serta nama sebutan sebenar barang itu. Kegagalan meletakkan tanda harga pada barang jualan juga menjadi kesalahan di bawah akta ini. Peniaga juga boleh dikenakan denda sekiranya gagal meletakkan harga runcit pada barang-barang terkawal.
Post a Comment