Terdapat undang-undang yang diguna pakai berhubung kepenggunaan. Seksyen 3 & 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 memperuntukkan bahawa Common Law dan statut dari England diguna pakai apabila tida statut tempatan.
Pembelian Barangan Oleh Pengguna
Dua statut utama yang diguna pakai adalah Akta Kontrak 1950 dan Akta Jualan Barangan 1957. Kedua-dua statut ini mengkanunkan prinsip-prinsip kontrak dalam Common Law dan ia terpakai dalam semua kontrak yang dimasuki oleh pengeluar dan pengguna. Akta Jualan Barangan 1957 berasaskan statut yang sama namanya dari England pada 1893. Ia telah digantikan dengan Akta Jualan Barangan UK 1979. Pindaan-pindaan yang terdapat pada akta ini tidak dimasukkan ke Akta Jualan Barangan 1957. Undang-undang Malaysia tidak mengawal selia kontrak berat sebelah. Statut-statut telah digubal untuk mengawal selia kontrak pembelian rumah, jualan langsung dan sewa beli. Hal ini berterusan sehinggalah Akta Perlindungan Pengguna 1999 digubal.
Pemerihalan Dagangan
Akta yang mengawal selia mengenai pemerihalan dagangan dan pengiklanan ialah Akta Perihal Dagangan 1972. Ia tidak terpakai kepada harta tak alih serta pemakaiannya terhad kepada apa-apa pernyataan yang dibuat ketika transaksi dilakukan. Pernyataan atau nasihat yang diberi oleh golongan profesional tidak dikawal selia oleh akta ini. Akta ini mengenakan tindakan ke atas mana-mana pernyataan salah atau palsu berkaitan bahan dagangan. Akta ini juga tidak memperuntukkan bagi mangsa penipuan atau penyelewengan maklumat oleh peniaga dibayar gantirugi. Kuasa kawalselia diberikan secara meluas kepada Kementerian Penerangan dan Kementerian Dalam Negeri.

Akta Perlindungan Pengguna 1999
Perancangan berkenaan akta ini mengambil masa hampir 15 tahun dan ia diwartakan pada 15 November 1999. Ia mengandungi 14 bahagian dan 150 seksyen yang mengandungi isu perundangan yang tidak dirangkum oleh akta-akta lain. Berikut ialah kandungan Akta Perlindungan Pengguna 1999:

- Bahagian II : Maklumat palsu dan amalan tidak adil
- Bahagian III : Keselamatan barangan dan perkhidmatan
- Bahagian IV : Kesalahan-kesalahan
- Bahagian V : Jaminan pembekalan barangan dll
Akta ini juga memperkenalkan satu badan yang akan menangani masalah pengguna. Ia dinamakan Tribunal Tuntutan Pengguna. Tribunal berhak mendengar tuntutan yang berjumlah tidak lebih daripada RM10 ribu dan pihak-pihak yang terlibat tidak boleh diwakili oleh peguamcara dan peguambela.
Post a Comment