Pengguna berhak untuk mndapatkan ganti rugi atau pampasan bagi sebarang pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya serta pampasan bagi apa jua perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak mengikut perjanjian. Pampasan harus diberi jika mana-mana keluaran atau perkhidmatan yang telah mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya walaupun telah digunakan mengikut arahan. Ganti rugi yang sewajarnya juga perlu diberi kepada pengguna yang telah ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya akibat kecuaian majikannya.
FAKTOR UTAMA PENGGUNA PERLU MENUNTUT GANTIRUGI
- Apabila pengguna membeli sesuatu barang atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan maka pengguna dan penjual mengikat satu kontrak
- Kandungan kontrak barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaaanya atau seperti dinyatakan dilabel atau dinyatakan oleh penjual
- Hak pengguna untuk mengadu dan mendapatkan gantirugi adalah termaktub di dalam Ordinan Jualan Barang-barang, Akta Kontrak dan sebagainya
- KPDNHEP sendiri dan juga persatuan-persatuan pengguna telah mewujudkan bahagian/unit aduan pengguna kursus untuk menanggani aduan pengguna. Contoh: Mahkamah kecil dan Tribunal Tuntutan Pengguna
SALURAN TUNTUTAN
a. Tindakan pengguna sendiri
• berhenti menggunakan barangan berkenaan
• Beritahu pekedai dengan segera
• Hantar balik (jika boleh)
• Bawa resit atau bukti pembelian
• Bertenang apabila berjumpa pengurus/pemilik kedai
b. Aduan kepada Pihak Berkuasa
• jika masalah lebih rumit
• Aduan boleh dibuat secara bertulis atau melalui telefon
• Simpan semua resit asal, hantar salinan dan buat rekod penyerahan
• Sertakan kad jaminan (jika ada)
Aduan Yang Berkesan
• Simpan maklumat dalam fail (seperti resit, surat jaminan, tarikh, nama penjual, surat-surat yang berkaitan)
• Dapatkan bukti (semak sekiranya ada pengguna yang lain menghadapi masalah yang sama untuk tindakan secara kolektif)
• Jangan terlalu mengikut perasaan (ditakuti tidak dapat mengemukakan aduan dengan berkesan)
• Gunakan fakta dan statistik (contoh: tarikh, resit dan sebagainya)
• Tulis surat kepada syarikat atau pertubuhan (hantar salinan resit, bukan yang asal)
• ketahui undang-undang (nyatakan dalam surat rujukan kepada undang-undang yang berkaitan)
• Ikuti perkembangan aduan (buat catitan, tarikh rekod panggilan dan sebagainya)
• Gunakan Media massa
March 5, 2022 at 8:38 AM
Titanium Ore Terraria - Artisan Art
› › Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan titanium engine block Artisan micro titanium trim Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan Artisan best titanium flat iron Artisan Artisan Artisan Artisan titanium prices Artisan Artisan ford focus titanium Artisan Artisan