Pengiklanan merupakan salah satu perkara penting di dalam strategi perniagaan. Peniaga menggunakan iklan bagi memperkenalkan dan melariskan keluarannya dengan pelbagai cara yang efektif. Persoalannya, adakah ianya sentiasa jujur dan benar serta tidak mengelirukan?
MENGAPA IKLAN DIKAITKAN DENGAN HAK PENGGUNA UNTUK PENERANGAN
- Iklan telah menjadi punca maklumat atau penerangan bagi kebanyakan pengguna
- Kini mustahil pengguna dapat lari dari iklan
- Oleh kerana pendedahan yang berleluasa kepada iklan, ia semakin menjadi rujukan pertama bagi pengguna dalam proses membuat keputusan membeli-belah
- Akibatnya, maklumat yang pelbagai dari iklan mungkin mengelirukan daripada menerangkan yang tidak membantu pengguna untuk membuat keputusan yang baik
- Tanpa maklumat yang lengkap, pengguna mungkin menggunakan kriteria atau cirri-ciri yang salah atau menyeleweng dalam membuat keputusan
Antara medium pengiklanan yang digunakan dengan meluas adalah seperti televisyen, internet, risalah, billboard, radio dan sebagainya.
KESAN NEGATIF IKLAN
1. Menggalakkan perilaku yang berbahaya dan tabiat yang buruk
Contoh: iklan yang menggalakkan tabiat buruk seperti iklan rokok, arak, makanan dan minuman ringan dan lain-lain
2. Menggalakkan naluri mementingkan kebendaan
Matlamat iklan ialah untuk mendorong pengguna membeli dan terus membeli apa saja yang diiklankan. Seolah-olah gaya hidup yang hebat adalah yang mampu memiliki semua benda
3. Menggalakkan pembaziran
Iklan sering memperngaruhi pengguna membeli keluaran terbaru walaupun telah memiliki keluaran yang sama sebelum ini. Seperti iklan kereta, motosikal, televisyen, peti sejuk, mesin basuh dan lain-lain. Termasuk vitamin dan produk kesihatan
4. Menggalakkan penyelewengan keutamaan
Iklan cenderung mempengaruhi pengguna berbelanja bagi mendapatkan barang mewah daripada barang keperluan. Contohnya pengguna sanggup berjimat dalam soal makan/minum supaya dapat memiliki kereta besar dan sebagainya
5. Menggalakkan sindrom “persaingan kebendaan”
Mengakibatkan banyak pengguna bersaing dengan jiran mereka
6. Menggalakkan “pemikiran ambil mudah’
Iklan cenderung menunjukkan masalah kehidupan harian amat senang diselesaikan. Kalau sakit ataupun keletihan, makan sahaja vitamin, ubat yang diiklankan terus baik dan sihat (cth iklan panadol dll), kalau lapar tidak perlu memasak, makan sahaja mee segera, dan lain-lain
7. Menggalakkan gila jenama
Iklan bertujuan membina kesetiaan pada jenama. Telah banyak jenama terkemuka menjadi ikutan pengguna. Harga barang yang berjenama biasanya lebih mahal, 2 hingga 3 kali ganda lebih mahal daripada harga biasa
8. Menggalakkan kegiatan tidak berfaedah
Seperti menonjolkan pengguna yang sedang bersuka ria serta berfoya-foya di tempat mewah. Biasanya golongan muda menjadi sasaran.
9. Menggalakkan kemerosotan nilai budaya tempatan yg positif
Iklan cenderung mengagungkan gaya hidup barat yang bercanggah dengan nilai masyarakat tempatan. Contoh penonjolan sikap egoisme, individualisme, style, fashion dan lain-lain
10. Menggalakkan pengabaian barangan tempatan dan tradisional
Kos pengiklanan mahal, biasanya barangan tempatan tidak mampu diiklankan, dan peluang ini diambil oleh barangan import yang kononnya lebih baik dan bermutu daripada barangan tempatan
11. Mengeksploitasi wanita dan kanak-kanak
Contoh iklan produk kecantikan, pakaian dan fesyen wanita dan kanak-kanak. Iklan kanak-kanak dengan pengambilan makanan remeh seperti gula-gula getah, susu bayi, keropok dan lain-lain
Post a Comment