Sesamar yang mungkin
Taktik pengeluar cuba menjadikan perkataan sesamar yg mungkin (jika sesuatu perlu dinyatakan)
Contoh: penambah makanan ditulis sebagi perisa atau rempah atau garam atau pengawet yg “dibenarkan/diluluskan”, tetapi sebenarnya adalah MSG.
Contoh: sebagai ganti nenas dan pisang, amil asetat dan etil asetat ditambah di dalam makanan, di mana keduanya digunakan untuk mencuci barangan kulit, tekstil dan sebagainya.
Hanya pada nama bukan dalam makanan
Meletakkan nama ramuan (nama yang disarankan) pada label yangtidak berkaitan dengan ramuan sebenar di dalam. Ini bertujuan untuk mengelirukan pengguna bahawa mereka memikirkan membeli makanan yang sebenar dan baik tetapi ia sebenarnya kosong serta tidak berkhasiat
Contoh:Gula-gula getah “perisa buah” mungkin anda fikir terdapat beberapa buah-buahan yg dikunyah tetapi sebenarnya hanya terdapat bahan perisa kimia yang ditambah gula, asas getah, sirap glukosa dan lain-lain(Wringley’s Juicy Fruit Chewing Gum)
Gula tersembunyi
Menggunakan nama-nama lain, contohnya “GULA”. Sesuatu produk mungkin sarat dengan gula walaupun perkataan “gula” tidak tercatat dalam senarai bahan ramuan.
Contoh: fruktosa, suktosa, dektrosa, glukosa sirap jagung, dan sirap pekat hitam yang ditapis dari gula mungkin disenaraikan secara berasingan tetapi kesemuanya adalah gula tambahan
Contoh : kandungan gula dalam minuman ringan
Ujian telah dijalankan mendapati minuman tin mengandungi antara 4-15 sudu kecil gula. Antara jenama minuman tin yang mengandungi banyak gula termasuklah:
• F&N anggur (500ml)-15(1/2) sudu kecil
• F&N original Sarsi (325ml), A&W Root Beer, Mirinda Orange (325ml)- 7(1/2) sudu kecil
• Pepsi (325ml)-5(1/2) sudu kecil
Kadar pengambilan gula yg disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah 8-10
sudu kecil sehari. Meminum setin minuman ringan atau lebih boleh memudaratkan kesihatan.
Gambar semata-mata• Dalam sesetengah keadaan lemon, durian, manggis dan strawberi yang pada pembungkusannya atau pada tinnya tidak bermakna apa-apa, hanya sekadar lukisan atau gambar hiasan kerana buah-buahan sebenarnya tidak terkandung di dalamnya.
• Contoh:banyak jenama aiskrim menunjukkan gambar serta nama buah-buahan yang terkenal, tetapi sebenarnya buahnya tiada.
• Contoh: banyak jenama snek atau keropok udang dan ikan serta mi segera menunjukkan gambar ayam, udang atau ikan tetapi ia tidak disenaraikan di label belakang.
• Wafer dan biskut pula menunjukkan gambar blackcurrant atau oren tetapi sebenarnya hanya pada nama sahaja
Ramuan yang tidak perlu dinyatakan
• Terdapat sesetengah produk makanan yang tidak perlu diberitahu kepada pengguna tentang ramunannya pada label seperti kopi segera/serbuk kari, roti, daging atau ayam segar di market. Tetapi sebenarnya keadaan sebaliknya yang berlaku.
• Contoh 1: roti mungkin mengandungi pewarna, perisa tiruan, lemak hidrogrenan dan sebagainya tanpa perlu diberitahu tentang bahan kimia yang dimasukkan sewaktu tepung dikisar dan doh yang digunakan utk roti.
• Contohnya: agen peluntur (benzoil peroksida & klorin) dan kalsium propionat-ramuan sama yang digunakan dalam minyak untuk merawat kaki dan sulfur dioksida untuk menggebukan tepung.
Post a Comment