Program Pendidikan dan Kesedaran Pengguna

0 comments

Program dan aktiviti pendidikan dan kesedaran pengguna dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah.
  • Mendapat kerjasama daripada Majlis Gerakan Pengguna Kebangsaan (MGPN), Gerakan Pengguna Negeri (GPN), Gerakan Pengguna Daerah (GPD) dan Rakan Pengguna (RP).
  • Program yang dianjurkan:
    1. Seminar
    2. Forum
    3. Konvensyen
    4. Ceramah
    5. Menerbitkan buletin, risalah, VCD, jurnal dan komik pengguna.

Hak Mendapat Alam Sekitar Yang Selamat

0 comments

Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja di dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang merbahaya. Hak ini perlu diperjuangkan oleh pengguna kerana memandangkan kadar pencemaran yang meningkat di sekeliling kita.


ISU-ISU ALAM SEKITAR

• kepanasan dunia (global warming)

• Penipisan lapisan ozon

• Kehilangan kepelbagaian spesis haiwan dan tumbuhan

• Penyalahgunaan bahan kimia

• Pemusnahan hutan (pembalakan haram)

• Pencemaran udara (jerebu, pembakaran terbuka dan lain-lain)

• Pencemaran sungai, laut (tumpahan minyak, sampah sarap)

• Pencemaran bunyi (kenderaan bermotor, industri pembinaan, operasi kilang, peningkatan kepadatan penduduk dan sebagainya.

• Pembuangan sampah sarap dan pencemaran sisa pepejal

• Kitaran semula

• Pembangunan yang tidak mampan

• Pelancongan ekologi yang tidak beretika

• Pembangunan perindustrian dan pencemaran sisa toksik

• Bencana alam (banjir kilat)

Hak Pengguna Mendapat Ganti Rugi

1 comments


Pengguna berhak untuk mndapatkan ganti rugi atau pampasan bagi sebarang pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya serta pampasan bagi apa jua perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak mengikut perjanjian. Pampasan harus diberi jika mana-mana keluaran atau perkhidmatan yang telah mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya walaupun telah digunakan mengikut arahan. Ganti rugi yang sewajarnya juga perlu diberi kepada pengguna yang telah ditimpa kecelakaan di tempat kerjanya akibat kecuaian majikannya.


FAKTOR UTAMA PENGGUNA PERLU MENUNTUT GANTIRUGI

  1. Apabila pengguna membeli sesuatu barang atau mendapatkan sesuatu perkhidmatan maka pengguna dan penjual mengikat satu kontrak
  2. Kandungan kontrak barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaaanya atau seperti dinyatakan dilabel atau dinyatakan oleh penjual
  3. Hak pengguna untuk mengadu dan mendapatkan gantirugi adalah termaktub di dalam Ordinan Jualan Barang-barang, Akta Kontrak dan sebagainya
  4. KPDNHEP sendiri dan juga persatuan-persatuan pengguna telah mewujudkan bahagian/unit aduan pengguna kursus untuk menanggani aduan pengguna. Contoh: Mahkamah kecil dan Tribunal Tuntutan Pengguna

Hak Mendapat Keperluan Asas

0 comments


Pengguna berhak mendapatkan barang-barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dalam zaman moden ini. Keperluan-keperluan asas yang dimaksudkan termasuklah makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, tempat kediaman, kemudahan kesihatan yang memadai, pendidikan dan sanitasi. Makanan merupakan keperluan asasi bagi manusia. Namun dalam mendapatkan keperluan asasi ini, pengguna menghadapi banyak masalah antaranya:

a. bekalan yang tidak mencukupi


b. kenaikan harga yang tinggi

c. mutu yang rendah

d. tamat tempoh

e. bahan pengawet dan tambahan dalam makanan

f. makanan tidak berkhasiat

g. Kurang timbangan/sukatan

h. makanan beracun

i. maklumat tidak lengkap pada label

j. promosi makanan siap diproses dan juga makanan rumusan bayi

k. makanan yang tidak halal dan banyak lagi

Pengiklanan

0 comments


Pengiklanan merupakan salah satu perkara penting di dalam strategi perniagaan. Peniaga menggunakan iklan bagi memperkenalkan dan melariskan keluarannya dengan pelbagai cara yang efektif. Persoalannya, adakah ianya sentiasa jujur dan benar serta tidak mengelirukan?


MENGAPA IKLAN DIKAITKAN DENGAN HAK PENGGUNA UNTUK PENERANGAN

  1. Iklan telah menjadi punca maklumat atau penerangan bagi kebanyakan pengguna
  2. Kini mustahil pengguna dapat lari dari iklan
  3. Oleh kerana pendedahan yang berleluasa kepada iklan, ia semakin menjadi rujukan pertama bagi pengguna dalam proses membuat keputusan membeli-belah
  4. Akibatnya, maklumat yang pelbagai dari iklan mungkin mengelirukan daripada menerangkan yang tidak membantu pengguna untuk membuat keputusan yang baik
  5. Tanpa maklumat yang lengkap, pengguna mungkin menggunakan kriteria atau cirri-ciri yang salah atau menyeleweng dalam membuat keputusan

Antara medium pengiklanan yang digunakan dengan meluas adalah seperti televisyen, internet, risalah, billboard, radio dan sebagainya.

Tindakan Pengguna Berhubung Isu Pelabelan

0 comments


Baca nama produk

Nama produk adalah panduan pertama untuk mengetahui apakah kandungan makanan. Perlu membacanya dengan teliti kerana bukan semua benda sama seperti yang dilihat

Contoh: anda mengharapkan “jeli raspberi” atau jeli “berperisa raspberi” mengandungi raspberi sebenar tetapi ia mungkin hanya mengandungi perasa tiruan

Meneliti senarai ramuan

Penyiasat makanan yang cekap biasanya akan meneliti senarai bahan ramuan untuk mendapatkan petanda terbaik mengenai kandungan sesuatu produk

Perlu diingat beberapa ramuan mempunyai banyak nama. Contohnya, fruktosa, suktosa, dektrosa, glukosa sirap jagung dan sirap pekat hitam yang ditapis dari gula mungkin disenaraikan secara berasingan tetapi kesemuanya adalah gula tambahan

Perlu baca cetakan kecil pada belakang label

Kerana cetakan kecil pada belakang label sering memberitahu anda lebih daripada apa yang tertera pada label depan (beserta gambar yang menarik)

Baca tarikh luput

Tarikh luput adalah penunjuk penting berapa lama bahan makanan itu boleh disimpan dirak

Undang-undang menetapkan 19 jenis produk makanan yg perlu diletakkan tarikh luput (lihat buku: Makanan Berbahaya, CAP ms: 305)

Konsep Halal Dalam Pemakanan Umat Islam

0 comments


Isu berkenaan logo halal di kebanyakan premis perniagaan makanan telah lama diutarakan. Namun, hingga kini masalah ini masih belum menemui jalan penyelesaiannya. Pengguna di Malaysia terutamanya yang beragama Islam sering menghadapi masalah kerana kewujudan premis perniagaan yang kebanyakannya melibatkan kopitiam sering memaparkan logo halal palsu di premis mereka. Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut perspektif Islam yang sebenarnya.

Dasar Pengguna Negara (DPN)

0 comments

KENYATAAN DASAR

Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.

Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Taktik Penipuan Pelabelan

0 comments

Sesamar yang mungkin

Taktik pengeluar cuba menjadikan perkataan sesamar yg mungkin (jika sesuatu perlu dinyatakan)

Contoh: penambah makanan ditulis sebagi perisa atau rempah atau garam atau pengawet yg “dibenarkan/diluluskan”, tetapi sebenarnya adalah MSG.

Contoh: sebagai ganti nenas dan pisang, amil asetat dan etil asetat ditambah di dalam makanan, di mana keduanya digunakan untuk mencuci barangan kulit, tekstil dan sebagainya.


Hanya pada nama bukan dalam makanan

Meletakkan nama ramuan (nama yang disarankan) pada label yangtidak berkaitan dengan ramuan sebenar di dalam. Ini bertujuan untuk mengelirukan pengguna bahawa mereka memikirkan membeli makanan yang sebenar dan baik tetapi ia sebenarnya kosong serta tidak berkhasiat

Contoh:Gula-gula getah “perisa buah” mungkin anda fikir terdapat beberapa buah-buahan yg dikunyah tetapi sebenarnya hanya terdapat bahan perisa kimia yang ditambah gula, asas getah, sirap glukosa dan lain-lain(Wringley’s Juicy Fruit Chewing Gum)


Gula tersembunyi

Menggunakan nama-nama lain, contohnya “GULA”. Sesuatu produk mungkin sarat dengan gula walaupun perkataan “gula” tidak tercatat dalam senarai bahan ramuan.

Contoh: fruktosa, suktosa, dektrosa, glukosa sirap jagung, dan sirap pekat hitam yang ditapis dari gula mungkin disenaraikan secara berasingan tetapi kesemuanya adalah gula tambahan

Contoh : kandungan gula dalam minuman ringan

Ujian telah dijalankan mendapati minuman tin mengandungi antara 4-15 sudu kecil gula. Antara jenama minuman tin yang mengandungi banyak gula termasuklah:

F&N anggur (500ml)-15(1/2) sudu kecil

F&N original Sarsi (325ml), A&W Root Beer, Mirinda Orange (325ml)- 7(1/2) sudu kecil

Pepsi (325ml)-5(1/2) sudu kecil

Kadar pengambilan gula yg disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah 8-10

sudu kecil sehari. Meminum setin minuman ringan atau lebih boleh memudaratkan kesihatan.


Hak Pengguna Mendapat Penerangan

0 comments

Melalui hak untuk mendapat penerangan, pengguna dilindungi daripada penerangan, pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, menipu atau amat menyeleweng tetapi sebaliknya diberi maklumat-maklumat yang perlu untuk membuat pilihan dengan penuh bermaklumat dan bijak.

Hak untuk mendapat penerangan:

  • Peranan undang-undang
  • Penerangan yang jujur tentang barang atau perkhidmatan
  • Maklumat yang tepat dan mencukupi
  • Melalui pelabelan
  • Melalui pengiklanan yang beretika
  • Peranan peniaga atau pengeluar memberi penerangan
  • Peranan pengguna mencari penerangan

  • Akta/ Undang-undang Yang Menjamin Pengguna Mendapat Maklumat Yang Jujur Dan Mencukupi

Akta Perihal Dagangan 1972 (pindaan 1980) untuk meliputi indutri perkhidmatan seperti syarat

pelancongan, hotel, restoran, tempat membaiki kereta dan sebagainya.

Akta Kawalan Harga 1946 (1973)

Ordinan Pengiklanan dan Jualan Ubat-ubatan 1956

Akta Makanan 1985


Pelabelan

Pelabelan bermaksud penerangan atau maklumat yang diberi atau yang tertera di bungkusan atau bekas sesuatu keluaran. Tujuan pelabelan adalah untuk memberi gambaran yang berpatutan tentang sesuatu keluaran.



Ciri-ciri pelabelan:

  • Benar dan tepat iaitu betul atau sama dengan isi kandungan
  • Boleh diterima dari segi kesahihan dan kredibiliti
  • Menggunakan istilah yang mudah dan tidak mengelirukan
  • Tulisan yang mudah dibaca


Maklumat di dalam pelabelan:

1. Tempat asas barangan atau produk

Nama, alamat pembuat/pengilang, pengimport, penjual borong, ejen atau pengedar, negara
asal dan lain-lain.


2. Tarikh luput, tarikh pembuat/ pengilang

3. Nama sebutan sebenar barangan yang dijual

4. Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang mengikut unit metrik


5. Penerangan kandungan umum termasuk maklumat keupayaan, panduan untuk
kegunaannya dan batasannya


6. Penerangan kandungan khusus

Senarai dan nisbah bahan-bahan kandungan, harga seunit, penggunaan tenaga (untuk barang-
barang elektrik) sifat dan khasiat bahan-bahan kandungan seperti nilai pemakanan yang
menunjukkan kandungan utama dan peratusannya


7. Kualiti atau kadar keupayaan
Contohnya tanda kelulusan gred yang memenuhi standard SIRIM, MS, Logo Halal, Non Halal dan sebagainya.

8. Terma-terma khusus mengenai jualan

Contohnya harga cadangan, diskaun dan tawaran istimewa

9. Maklumat lain

Seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan pengguna tertentu, misalnya kanak-kanak atau orang dewasa yg mengalami alahan atau penyakit tertentu.

Barang Kawalan

0 comments
Isu barangan terkawal sering menjadi paparan dalam media massa terutamanya di musim perayaan. Terdapat perbezaan antara barangan terkawal semasa musim perayaan dan pada waktu-waktu biasa. Kebiasaannya, barang-barang yang dijadikan barang kawalan semasa musim perayaan adalah melibatkan barang basah dan bahan masakan. Hal ini berlaku kerana pada musim perayaan, permintaan terhadap barang-barang seperti ayam, tepung dan bawang adalah lebih tinggi berbanding hari-hari biasa. Justeru, ini menyebabkan terdapat segelintir peniaga yang cuba mengambil kesempatan mengenakan harga yang tinggi dengan sewenang-wenangnya.